Thursday, April 14

ISU KESELAMATAN : KEROSAKAN LAMPU ISYARAT & LAMPU JALAN DI PERSIMPANGAN UKM

Majlis Perwakilan Pelajar UKM menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar lebih berhati-hati ketika melintasi persimpangan di hadapan pintu masuk utama UKM ekoran kerosakan kesemua lampu isyarat yang didapati gagal berfungsi sejak Jumaat lalu (8hb April 2011).
Tambahan pula, beberapa lampu jalan berhampiran dengan persimpangan tersebut juga didapati tidak berfungsi menyebabkan keadaan bertambah bahaya khususnya pada waktu malam.

Di pihak PMUKM, kami telah pun menggesa pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan untuk bertindak supaya segera membaik pulih segala kerosakan tersebut sebelum berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini.


Kerosakan lampu isyarat menyebabkan keadaan jalan raya menjadi sesak dan tidak terkawal.

"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

1 comment:

  1. INFO TAMBAHAN
    -------------

    trafficlight pintar UKM merupakan hasil kajian Dr Riza Atiq yg juga pensyarah FKAB.. quotation membaik pulih bernilai rm200000 telah dikeluarkan beberapa hari lepas.. Wisma Aman UKM tidak mempunyai autoriti untuk mengawal lalu lintas pintu hadapan UKM kerana bukan bidang tugas dan risiko yg tggi... -Sdr. Aniq Rukaini-

    Traffic light pintu utama ukm tu sudah 20 tahun. Sudah lepas tanggung oleh JKR. Semuanya kini di bawah tanggungan UKM melalui JPP. JPP sudah hubungi kontraktor. Dimaklumkan esok mereka akan datang. Dan terima kasih kepada beberapa orang pengawal keselamatan yang mengambil inisiatif mengawal kesesakan dalam beberapa hari ini.

    Betul kata Aniq, pihak Wisma Aman tiada kuasa utk mengawal lalulintas tersebut. UKM sudah pohon bantuan polis trafik, tetapi sehingga kini tiada jawapan.

    Pohon rakan2 peka akan masalah yg sudah seminggu ini berlaku.. -Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM)-

    ReplyDelete

back to top