Wednesday, April 20

ISU KESELAMATAN : KONDISI FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN, UKM

Assalamu'alaikum warahmatullah & Salam Juang Mahasiswa

Alhamdulillah..
Sungguhpun dalam kesibukan menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan yang akan ditempuh, dengan izinnya saya masih diberi kesempatan untuk melunaskan amanah yang diberi.

Pada 13 April yang lalu, saya telah membuat pantauan di sekitar fakulti FSSK untuk melihat keadaan kemudahan di dewan-dewan kuliah dan bilik-bilik kuliah serta sekitarnya. Hasil daripada pantauan tersebut saya dapati terdapat beberapa aspek keselamatan dan keselesaan yang tidak dititikberatkan.

DK3F 202 : Wayar putus dan berselirat

DK3F 203 : Kerusi patah

DK3F 203 : Siling berlubang

DK3F 203 : Wayar terjuntai

DK 3F 302 : Kerusi rosak



Bilik Kuliah 3A 417 : Tingkap pecah

3A 506 : Lampu hampir jatuh akibat siling yang mendap

Bilik Kuliah 3A 505, 3A 503, 3A 502 : Siling bocor menyebabkan lantai berair


keadaan yang berterusan seperti ini boleh menyebabkan sesi pembelajaran tidak dapat dijalankan meja dan alatan lain rosak


banjir

Tirai yang rosak

Koridor blok A : siling yang menunggu masa untuk jatuh

Bimbang akan hal ini, saya telah mengutarakan perkara ini kepada pihak pentadbiran fakulti untuk membincangkan perihal ini dengan lebih serius.

Hasil daripada pertemuan yang berlangsung lebih kurang setengah jam itu, saya telah mengusulkan supaya adanya pantauan secara berkala dilakukan oleh pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP).
Akan tetapi, menurut Timbalan Dekan Prasiswazah & Alumni, Prof Madya Dr Mostafa Kamal Mokhtar, pantauan secara berkala sudah pun dilakukan oleh pihak JPP namun sehingga kini pihak berkenaan masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan.


"Di pihak pentadbiran fakulti juga, segala aduan telah diajukan ke pihak yang bertanggungjawab namun hasilnya tetap mengecewakan."
-Prof Madya Dr Mostafa Kamal Mokhtar-

Beliau seterusnya memberi cadangan supaya para mahasiswa memanfaatkan Sistem Maklum Balas & Aduan Dalaman Pelajar [link] yang boleh diakses secara online. Menurut beliau, sistem ini merupakan satu bentuk desakan yang mampu membuka mata pihak yang bertanggungjawab agar tindakan dapat disegerakan.

Di peringkat saya, saya akan terus berusaha menyelesaikan masalah ini agar tidak timbulnya insiden-insiden yang tidak diingini yang membabitkan rakan-rakan mahasiswa di fakulti ini. 


Photos by : MPP Ezuan

"Bersama Mahasiswa Merealisasikan Varsiti"

1 comment:

  1. uKM da 41 tahun...ni la dia...sabo je la....
    U kt singapura ada wifi lg dlm dewan/bilik kulliah...waahh...maju.....

    ReplyDelete

back to top