Wednesday, April 6

KEBAKARAN DI FSSK

Pada 29 MAC 2011 yang lalu lebih kurang jam 11 pagi semasa saya sedang menuju ke Pejabat PMUKM, satu insiden kebakaran telah berlaku di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM. Insiden tersebut dikatakan berpunca daripada litar pintas yang berlaku pada sistem pendingin hawa.

Melihat keadaan ini, saya cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak Bomba & Penyelamat. Walau bagaimanapun pihak Bomba & Penyelamat enggan memberi sebarang ulasan memandangkan kes ini masih lagi dalam siasatan. 
Menurut saksi kejadian, kerja-kerja memadamkan kebakaran sukar dijalankan disebabkan terdapat kekangan-kekangan dari segi teknikal.
Menurutnya lagi, pihak pentadbiran FSSK tidak pernah mengadakan latihan kebakaran sebagaimana yang dilakukan di peringkat kolej-kolej kediaman.

Bagi mendapatkan respon di pihak pentadbiran, saya telah berjumpa dengan Timbalan Dekan Prasiswazah & Alumni, Prof. Madya Dr. Mostafa Kamal Mokhtar pada 1 April yang lalu (selepas solat Jumaat).
Menurut beliau, isu ini harus dipandang serius oleh semua pihak khususnya Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Fakulti bagi mengelakkan perkara-perkara yang lebih serius berlaku. Di pihak pentadbiran, satu perancangan sedang dirangka bagi memastikan aspek keselamatan di FSSK terjamin.



Bilik dikosongkan bagi tujuan keselamatan.


Tempat kejadian, Bilik Siswazah Jabatan Media & Komunikasi (MENTION)

siling yang diperbuat daripada habuk kayu menyebabkan api sukar dipadam dan merebak dengan cepat.

"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

1 comment:

  1. GOOD JOB for HIGHLIGHTING THIS MATTER! We have discussed about this with FSSK Student Representative Council. We would like to look deeper into this matter for precautions. :)

    ReplyDelete

back to top