Sunday, April 17

TAHNIAH & SYABAS KEPADA PASUKAN KRIKET UKM A

Assalamu'alaikum & Salam Mahasiswa.
Sebentar tadi telah berlangsungnya perlawanan kriket antara Pasukan UKM A menentang Pasukan Sunway College di Oval UKM. Bagi tidak melepaskan peluang keemasan ini, saya dan MPP Muhammad Ikram Darus telah bergegas ke Oval UKM untuk menyaksikan perlawanan terbabit.







"Tahniah pasukan UKM kerana berjaya mempertahankan perisai Naib Canselor..."
-Ayahanda PMUKM, Prof. Ir. Dr. Othman Karim-


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan kriket UKM A yang telah berjaya menjulang Piala Perisai Naib Canselor. Kami di pihak MPP UKM mendoakan agar rakan-rakan semua terus maju jaya dalam arena yang rakan-rakan ceburi. Semoga Pasukan Kriket UKM terus cemerlang dan mengharumkan nama varsiti kita d persada antarabangsa.
"Mahasiswa Cergas, Minda Cerdas!"
Insya-Allah~


"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

No comments:

Post a Comment

back to top