Friday, June 17

LAWATAN RAMAH MESRA PMUKM KE JPP

Alhamdulillah..
Siri Lawatan Ramah Mesra PMUKM berakhir hari ini dengan lawatan terakhir di Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) selepas sesi lawatan di Wisma Aman
Saya bersama 4 MPP yg lain ( Wan Ahmad Fahmi, Izzuddin Pisol, Muslimah Marsi, dan Faizal Ahmad ) telah berpeluang untuk membawa isu-isu yang mempunyai hubung kait dengan bidang kuasa JPP.


Ruang dan peluang yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin, kami telah membawa isu-isu dan permasalahan yang telah disuarakan oleh mahasiswa kepada pihak JPP dengan harapan adanya jalan penyelesaian dan
Alhamdulillah.. pelbagai isu yang dilontarkan telah direspon dan diambil perhatian (link)


Kesempatan yang ada juga saya telah manfaatkan untuk menyerahkan laporan kerosakan kemudahan dan infrastruktur berserta surat permohonan penambahbaikan kemudahan di FSSK (manifesto). Insyaallah, tindakan akan diambil  dalam masa yang terdekat.


Sekalung penghargaan buat semua warga JPP yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik dalam usaha kami merealisasikan kebajikan yang dicanangkan semasa Pilihan raya Kampus yang lepas.

sila layari blog PMUKM untuk perincian lawatan : (link)
"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

No comments:

Post a Comment

back to top