Wednesday, December 7

RESPON ISU AIR OLEH PIHAK JPP KEPADA PMUKM

Keseriusan PMUKM dalam memperjuangkan isu air akhirnya telah membawa kepada satu pertemuan antara PMUKM dengan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Prof Madya Ir. Dr. Abd Khalim Abd Rashid. PMUKM yang diwakili oleh Mohamad Ezuan Bin Mohd Saad selaku Setiausaha Agung telah mendapatkan penjelasan ekoran daripada masalah air di beberapa buah kolej sejak beberapa minggu yang lalu.


Menurut Pengarah JPP, UKM terpaksa menggunapakai 'double billing' iaitu dua punca sistem air untuk menampung bekalan air dalam kampus UKM Bangi. Sitem dua punca air ini amat perlu bagi menampung penawaran dan permintaan (supply & demand) warga UKM yang semakin meningkat. 


Tangki Lingkaran Kedua

Pihak JPP juga memaklumkan, UKM sebelum ini menggunakan dua tangki simpanan berkapasiti 2 juta gelen dan 1.5 juta gelen. Tetapi baru-baru ini salah sebuah tangki ditutup atas faktor-faktor teknikal. 


Kesan daripada sistem 'double billing' ini, UKM terpaksa menanggung dua bil yang berpunca daripada meter pembinaan yang menyambungkan paip tersebut ke tangki utama dan meter utama yang menyalurkan ke fakulti-fakulti dan kolej-kolej.


Ura-ura juga menyebut kedua-dua meter air ini menyebabkan UKM terpaksa menanggung satu jumlah yang sangat tinggi. Pihak SYABAS juga didakwa telah mengeluarkan notis kepada pihak UKM untuk segera menyelesaikan pembayaran bil air ini dalam kadar segera. 


Apa pun, kami di peringkat PMUKM menggesa isu ini akan segera diselesaikan biar apa pun cara dan kaedahnya.


Sistem Pembekalan Air di UKM

Suction Tank


"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

No comments:

Post a Comment

back to top