Tuesday, January 31

PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II SESI AKADEMIK 2011-2012

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu rakan-rakan ambil perhatian :


20 FEBRUARI 2012

  • Pendaftaran Kursus bagi pelajar : 
    • tidak membuat pendaftaran awal;
    • menggantung pendaftaran pada semester sebelumnya.

20 FEBRUARI -- 4 MAC 2012
  • Tambah / Gugur kursus

5 -- 8 MAC 2012
  • Gugur kursus sahaja

19 -- 25 MAC 2012
  • Pengesahan pendaftaran kursus

19 MAC -- 15 APRIL 2012
  • Tarik Diri kursus sahaja

Makluman / Perhatian :
  1. Pendaftaran kursus akan dijalankan secara talian di SMPWEB.
  2. Rakan-rakan dinasihatkan supaya tidak mendedahkan NPP masing-masing untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.
  3. Pelajar lama yang tidak membuat pendaftaran awal tidak dibenarkan membuat pendaftaran kursus kecuali setelah menjelaskan denda sebanyak RM 15.
  4. Pelajar yang menggantung pendaftaran pada semester sebelumnya dan mendaftar selepas 20 Februari 2012 juga akan didenda RM 15.
  5. Bayar di kaunter Jabatan Bendahari, resit diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik untuk dikemaskini status pendaftaran diri. (bagi kampus Kuala Lumpur dan Cheras, sila berurusan dengan  kaunter pejabat Dekan masing-masing).
  6. Pelajar dikehendaki mendaftar kursus mengikut unit maksimum masing-masing. Pelajar yang ingin mendaftar melebihi unit, sila berurusan di kaunter pejabat dekan masing-masing.
  7. Sila :
    • daftar, semak, sahkan semua kursus yang telah didaftarkan.
    • pastikan maklumat peribadi di dalam SMPWEB adalah terkini dan betul.
    • sentiasa prihatin dengan pekeliling dan notis daripada Bahagian Pengurusan Akademik di SMPWEB.
"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

2 comments:

back to top