Thursday, January 19

PMUKM : PANTUN SELAMAT BRCUTI!

Assalamu'alaikum warahmatullah & Salam Hormat
Pantun khas buat semua rakan2 mahasiswa.

Semat di hati segala pesanan,
Moga berguna kepada diri,
Selamat bercuti saya ucapkan,
Moga bertemu di lain hari.

Curah usaha sehabis daya,
Moga segalanya dipermudahkan,
Berhati-hati di jalan raya,
Moga selamat sepanjang jalan.

Senyuman terukir di bibir nan manis,
Janganlah dibiar semakin tawar,
Salah dan silap sering mengguris,
Jadikan maaf sebagai penawar.

MPP tetap menabur jasa,
Walau dalam fasa bercuti,
Moto PMUKM di hati sentiasa,
"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

-Mohamad Ezuan Bin Mohd Saad
Setiausaha Agung PMUKM @ MPP Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)
-19 Januari 2012

No comments:

Post a Comment

back to top