Tuesday, January 31

SISTEM PEMBANGUNAN INSANIAH : MUDAH, HANTAR KERTAS KERJA SECARA 'ONLINE'


Mulai 1 Januari 2012, semua permohonan aktiviti pelajar dalam negara hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui http://smp.ukm.my/spi. Justeru kertas kerja secara "hardcopy" tidak lagi perlu dihantar ke Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, JPPel.

JPPel juga menguruskan permohonan pelajar ke luar negara atas urusan-urusan sepert kursus / program / seminar / latihan industri / lawatan pembelajaran dan sebagainya. Permohonan jenis ini masih lagi menggunakan Borang Permohonan Pelajar Ke Luar Negara. Borang permohonan boleh didapati di laman sesawang yang sama di kolum 'Tempat Projek JPPel' atau di e-pelajar.

Permohonan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh pelajar ke luar negara. Ini kerana JPPel mengalami kesukaran untuk mendapatkan surat kebenaran daripada Kementerian Luar Negeri, PDRM, dan Kementerian Dalam Negeri sekiranya permohonan kurang daripada tempoh tersebut. JPPel juga dimaklumkan tidak dapat mempertimbangkan permohonan pelajar yang telah pergi / tamat aktiviti.

"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"


link : Pelaksanaan Kursus Korikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran Melalui Sistem Pembangunan Insaniah

No comments:

Post a Comment

back to top