Sunday, February 19

ISU PEMARKAHAN LEARNING CONTRACT (LC)

Assalamu'alaikumwarahmatullah
Selamat kembali ke kampus buat semua rakan mahasiswa. Moga cuti semester lalu yang agak panjang memberi satu energi baru untuk kalian meneruskan perjuangan di kampus. Kesempatan ini saya ucapkan tahniah kepada semua rakan mahasiswa atas keputusan peperiksaan yang lalu. Walau apa pun keputusan yang diperolehi, hakikatnya terselit hikmah untuk kita sentiasa bermuhasabah agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa. 

Bermulanya cuti sehingga kini, saya kerap kali dilontarkan dengan pelbagai permasalahan di peringkat mahasiswa perihal  Kontrak Pembelajaran Berkredit (Learning Contract). Antara masalah yang seringkali ditanya oleh rakan-rakan mahasiswa ialah berkenaan markah ko-kurikulum bagi semester lepas.



Buat pengetahuan rakan-rakan, pemarkahan ko-kurikulum (LC) masih lagi dalam proses. Walaupun Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) sudah pun dilancarkan tetapi pemarkahan bagi LC yang lepas masih lagi dilakukan secara manual untuk dimuatkan ke dalam sistem.
Kira-kira 10 ribu mahasiswa yang sedang diberi markah secara manual dan setakat ini hanya 2 ribu orang sahaja yang markahnya sudah pun dimasukkan ke dalam sistem. Oleh sebab itulah masih ada lagi rakan-rakan yang masih belum diberi markah di dalam SPI.

Berkenaan dengan kredit program & kredit individu; sebelum SPI diperkenalkan, semua mahasiswa akan diberi kredit mngikut kredit program tanpa mengambil kira jawatan apa sekali pun. (Contoh; Jika suatu program berjumlah 4 kredit, maka semua AJK akan menerima 4 kredit (dari Ketua Pengarah ssehinggalah AJK bawahan).

Tetapi apbila sistem ni dibangunkan, Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP) akan menilai setiap seorang bergantung kepada jawatan. Maka sekiranya program berjumlah 4 kredit, tidak semestinya AJK bawahan turut mendapat jumlah kredit yang sama. Hanya 4 jawatan teratas (Ketua Pengarah sehingga Bendahari) sahaja yg akan mendapat jumlah kredit program.

Sehubungan itu, Dr Jumali juga maklumkan bahawa sekarang ini masih belum ada lagi mesyuarat untuk pemberian kredit individu. Beliau memaklumkan perkara ini akan diselesaikan sebelum 25 Februari ini.

Maklumat tambahan;
Berikutan itu, saya telah mencadangkan kepada PAP untuk mengadakan Road Show sebagai satu bentuk peneragan perihal ini. Di peringkat Dr Jumali, beliau menyambut baik cadangan tersebut dan berhasrat untuk memulakan Siri Road Show bermula dengan peringkat pengurusan UKM kemudian disusuli dengan mahasiswa;

*
PMUKM / Jaksa / YDP Persatuan : 28 & 29 Feb
Kolej Kediaman / Fakulti : dalam bulan Mac
NHO / Antarabangsa : 4 & 5 April
Pelajar sesi baru akan datang : September

*tertakluk kepada sebarang perubahan



Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

No comments:

Post a Comment

back to top