Friday, February 24

SEMOGA CEPAT SEMBUH, SAHABATKU HASHIM



Petang tadi saya bersama Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan, Saudara Izzuddin Pisol sempat menziarahi seorang pelajar jurusan Geografi Tahun 3, Hashim Ab Wahab di Hospital Kajang. Beliau dimasukkan ke wad kerana mengalami patah kaki kanan semasa sedang bermain futsal pada 21 Februari yang lalu. Satu pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memasukkan besi untuk menyokong tulang di kakinya. InsyaAllah, esok beliau dibenarkan pulang.


Saya mewakili seluruh kepimpinan PMUKM sama-sama berdoa agar saudara Hashim akan sembuh secepat yang mungkin dan mampu meneruskan kehidupan sebagai seorang mukmin yang beristiqamah pada jalan Allah s.w.t.

Kepada seluruh warga UKM , kami berharap agar anda semua sentiasa berhati-hati semasa melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya.


Ezuan : Hashim.. seorang sahabat saya yang sentiasa ceria..menyenangkan hati sahabat-sahabat di sekelilingnya.. sakit-sakit pun boleh buat orang ketawa.. :)


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

No comments:

Post a Comment

back to top