Sunday, March 18

FSSK MENUJU KE ARAH BIAH SOLEHAH

Alhamdulillah...
segala puji & puja hanya bagi Allah..
selawat & salam ke atas Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم

13 MAC yang lalu, ISIUKM FSSK telah menganjurkan satu program tarbiyyah [link] yang bersifat santai khusus untuk semua warga FSSK. Program yang berlangsung lebih kurang dua jam itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang bukan sahaja dihadiri oleh warga FSSK, malah turut dihadiri oleh rakan-rakan dari fakulti-fakulti lain. Kehadiran pada hari tersebut memenuhkan setiap kerusi yang ada dalam bilik kuliah.  

Motivator, Izzat Fathi memukau para hadirin dengan perkongsian yang sangat menarik!

Aktiviti menarik yang merangsang minda :)

Antara mahasiswi yang hadir

Aktiviti santai diselang-selikan dengan pengisian rohani
Saya mewakili ISIUKM FSSK mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan mahasiswa/i yang hadir pada program tersebut. Insyaallah, program ini tidak terhenti di sini. Kita akan memastikan program-program ilmiah terus subur di bumi UKM umumnya dan di FSSK khusunya.
Jazakumullahu Khairan Katsiran Wa Jazakumullahu Ahsanal Jaza 

Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

No comments:

Post a Comment

back to top