Tuesday, March 6

LYNAS : KERAJAAN AKUR SISA BERBAHAYA?

Dolak-dalih kerajaan akhirnya terjawab melalui Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai yang mengakui tentang bahaya Lynas. Beliau berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan 4 menteri supaya menghantar pulang sisa dari loji nadir bumi Lynas ke Australia.

Maka, saya kira bertepatanlah Himpunan Hijau 2.0 baru-baru ini dianjurkan sebagai satu impak kecaknaan rakyat terhadap isu keselamatan alam sekitar kerana sehingga ke saat ini juga kerajaan Malaysia masih lagi was-was dengan Lynas dan operasinya. “Kalau Lynas tidak boleh memberi jaminan, kita tidak akan luluskan (lesen operasi),” kata Menteri Kesihatan kepada News Oriental Daily.

Sebelum ini kerajaan Australia telah menolak permohonan tersebut. Mereka enggan mengambil risiko dengan membawa pulang sisa tersebut ke negara mereka. Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain bermula pada April lepas.

Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut.


Mungkin boleh disimpulkan secara simplistik melalui beberapa persoalan yang timbul berkenaan isu Lynas ini; 
  • Mengapa kerajaan Australia tidak mahu menerima sisa loji nadir bumi tersebut?
  • Jika sisa ini tidak berbahaya, maka tidak ada keperluan untuk memindahkan lokasinya ke tapak lain. akan tetapi mengapa kerajaan mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk Kenyataan DS Najib ini menunjukkan bahawa kerajaan memang menyedari akibat ketoksikan sisa Lamps.
  • Mengapa begitu lambat untuk kerajaan Malaysia mengenalpasti bahaya sisa pelupusan Lamps?
Secara simplistik sahaja kita sudah tahu jawapannya, apatah lagi melalui penerangan berfakta. Hairan juga, mungkinkah ada udang di sebalik batu? Mungkinkah terselitnya kepentingan peribadi disebalik 'kemajuan teknologi & inovasi' kononnya? Wallahu a'lam :)

-Ezuan-

No comments:

Post a Comment

back to top