Wednesday, March 14

MAHASISWA FSSK MENYAMBUT BAIK WALK FOR ELECTION (W4E)

Mereka menyokong W4E! Bagaimana pula dengan anda?

Bertemakan "KAMI SAYANG UKM", Walk For Election (W4E) menggariskan 2 objektif utama dalam program yang bakal diadakan pada esok (KHAMIS, 15 MAC 2012 / 5:30 PETANG @ PUSANIKA);


  •  Memberikan kesedaran kepada seluruh warga kampus UKM tentang kepentingan proses demokrasi berjalan dengan telus dan berintegriti tanpa kepentingan mana-mana pihak
  •  Memberikan didikan politik nilai yang sewajarnya berlangsung dalam dunia politik kampus; dengan mengenepikan fahaman politik yang sempit dan bersifat berat sebelah.
Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung:

  • Persembahan bakat bertemakan apresiasi budaya UKM
  • Gimik 'sketch' sempena PRK
  • 3 minit sudut pidato
  • Cabaran 5000 langkah jelajah UKM


Ayuh, turun beramai-ramai! (berpakaian logo UKM)
Terbuka kepada semua mahasiswa UKM tanpa mengira ideologi politik.
Bersama menyatakan rasa sayang kalian kepada UKM.

"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

No comments:

Post a Comment

back to top