Monday, March 26

NOTA DIRI 3 : KERANA KITA TIDAK TAHU AMALAN MANA YANG DITERIMA ALLAH

Satu hari Asy-Syahid Imam Hasan Al-Bana menyusun kerusi dalam sebuah majlis. Lalu beliau ditanya oleh salah seorang ahli majlis itu; "Bukankah kamu pemimpin besar, mengapa kamu lakukan tugas kecil-kecil sebegini?", lalu Asy-Syahid Imam Hasan Al-Bana berkata; "Aku tidak tahu amalan yang mana Allah s.w.t akan terima kelak."

Lihat.. Begitu rendah hati dan tinggi budi pekerti yang ditunjukkan oleh pemimpin agung Ikhwanul Muslimin ini sekalipun beliau berada di saff paling hadapan dalam sebuah gerakan Islam.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita agar tidak berasa diri kita terlalu hebat, eksklusif dalam melaksanakan apa jua tugas dalam perjuangan Islam.
Ya, benar! Setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam sesuatu jemaah atau kumpulan dan perlunya fokus untuk memastikan posisi berperanan secara optimum. Akan tetapi, bukanlah bermakna matinya potensi sekiranya kita merelakan diri melakukan perkara-perkara kecil yang lazimnya bersifat teknikal.



Bukanlah berada di hapadan lautan para demonstran, berpidato dan menjawat jawatan penting bukti kita sudah mencapai kejayaan dalam proses tarbiyyah, tidak kira sama ada kita ditugaskan untuk merangka satu strategi siyasah ataupun disuruh menampal poster atau memacak bendera semuanya merupakan tarbiyyah, semuanya kerja Islam yang niatnya perlu disandarkan untuk agama Allah s.w.t.
Maka, lakukankah setiap daripadanya dengan bersungguh-sungguh kerana kita tidak tahu amalan mana yang Allah s.w.t akan terima kelak.

Wallahu ta'ala a'lam
*tiba-tiba teringat kat budak-budak kecik yang susun selipar kat pintu masjid tempoh hari... comel~

Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah
*post ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian

No comments:

Post a Comment

back to top