Saturday, March 3

PERJUMPAAN ISU PTPTN MEMBANGKITKAN MOMENTUM KECAKNAAN

Hujan menemani kepekatan gelap malam. Sangkaan awal saya menjangkakan kehadiran malam ini mungkin tidak lebih daripada 50 orang. Namun, sangkaan ini seraya meleset melihat Aras 4, Pusanika dipenuhi mahasiswa/i yang setia menunggu seawal 9 malam. Maka, bagi memastikan sesi pertemuan ini berlangsung dengan lebih kondusif, PMUKM telah mengambil inisiatif  dengan menukar tempat pertemuan ke Auditorium Siswa.


Hasil pertemuan ini, rata-rata mahasiswa mengalami masalah yang hampir serupa, RM500 masih lagi dipotong walaupun pemotongan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan pemotongan tersebut telah pun selesai pada 3 semester yang lalu. Selain itu, ada juga masalah-masalah khas yang khusus berlaku kepada beberapa individu yang menimbulkan keraguan dan kemusykilan di peringkat kita semua.


Di peringkat PMUKM, ini bukanlah langkah akhir atau jalan penamat bagi masalah ini. Kita akan pastikan isu ini dibawa ke peringkat yang berautoriti supaya permasalahan kita bersama ini menemui jalan penyelesaian.


Sekalung penghargaan buat smua mahasiswa/i yang hadir, memenuhkan Auditorium Siswa sebentar tadi dan sudi berkongsi permasalahan di peringkat rakan-rakan sekalian. Di peringkat PMUKM, kami akan pastikan keprihatinan dan kecaknaan rakan-rakan sekalian terhadap isu ini diterjemahkan kepada kesungguhan kami dalam menyelesaikan isu ini.
Kami akan pastikan momentum ini diteruskan lagi bagi mencapai penyelesaian. Kami berharap rakan-rakan sekalian teruskan memberi makluman seandainya berlaku sebarang kemusykilan dan masalah-masalah lain.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

No comments:

Post a Comment

back to top