Friday, March 2

PTPTN : KE MANA PERGINYA WANG KAMI?

PTPTN atau PTPTIPU??


Tarikh 2 Mac 2012 merupakan tarikh yang paling dinanti-nanti bagi rakan-rakan mahasiswa UKM yang mendapatkan bantuan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Namun begitu, sungguh mengejutkan apabila jumlah wang yang 'sepatutnya' diterima tidak seperti yang dijangka.
Lewat petang tadi sehinggalah malam, saya menerima panggilan telefon dan juga SMS daripada rakan-rakan mahasiswa yang mengajukan kemusykilan perihal ini. 
Perbualan-perbualan di Facebook juga turut meluahkan perasaan hampa berikutan jumlah wang yang ditunggu-tunggu tidak seperti yang diharapkan. Melihat kepada keadaan ini yang semakin runcing, PMUKM mengambil inisiatif untuk melihat permasalahan ini dari akar umbi.

Oleh itu, saya menjemput rakan-rakan mahasiswa yang bermasalah dengan PTPTN (pemotongan duit PTPTN yang diragui) mohon berkumpul di Aras 4 Pusanika esok 3 Mac 2012 jam 9.00pm.

Sila bawa salinan perincian pemotongan di akaun kewangan pelajar.
Kita akan bawa isu ini untuk diperjuangkan bersama.

Suara anda, suara kami.
Kebajikan anda, tanggungjawab kami.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

No comments:

Post a Comment

back to top