Saturday, June 30

EPISOD AKHIR SEORANG MAHASISWA

Alhamdulillah..
Berakhir sudah episod kehidupanku di UKM. Esok insyaallah akan meninggalkan bumi UKM yang penuh madani ini.. Suka.. Duka.. Pahit.. Manis.. menjadi rencah dalam mengharungi setiap liku hidup sebagai mahasiswa.
Saat ini, aku menghayati setiap detik bersama 'UKM'.. Terasa sayu sekali.. Ya! Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu..

Kepada sahabat sekalian, mohon maaf atas kelemahan diri ini..

Kepada semua mahasiswa/i UKM. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada kalian. Mohon maaf atas segala kekurangan yang ada sepanjang diri ini menjadi Pimpinan Mahasiswa UKM..

"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik dalam kalangan kamu maka berilah pertolongan kepada ku. Kalau aku bertidak lurus maka ikutilah aku tetapi andai aku menyeleweng maka betulkan aku."

Sehingga saat ini, diri ini masih mendambakan nasihat serta teguran daripada kalian agar dapat diperbaiki kelemahan diri ini.. Teruskan menegur salah silap diri ini..

Mohon dihalalkan segalanya.. Jazakumullahu Khairan Katsiran Wa Jazakumullahu Ahsanal Jaza'.

Mohamad Ezuan Bin Mohd Saad
Setiausaha Agung PMUKM @ MPP FSSK
"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

3 comments:

  1. Subhanallah.. moga setiap langkah enta membuat keputusan ketika menjalankan amanah itu mendapat perhatian untuk dipertimbangkan ke pinu syurga ameen ;)

    ReplyDelete
  2. tahniah sb dah menghabiskan 3 tahun pengajian di UKM... thn 2012/2013 akan menjadi tahun ke2 sy di UKM... semoga ia menjadi lebih cemerlang berbanding dgn thun 1... amin...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. X sangka seperti baru semalam kita kenal. Semoga terus berjaya. Harap dihalalkan segalanya juga. Salam hormat drpd ex-jiran depan bilik. hehe.

    ReplyDelete

back to top