Thursday, July 26

LURUS & RAPATKAN SAFF!



Imam melaungkan “Rapatkan saf! Luruskan saf!”


Bagaimana melakukannya?
1. Merapatkan(menyentuh) bahu kita ke bahu orang di sebelah kita.
2. Merapatkan(menyentuh) kaki kita ke kaki orang di sebelah kita.


Mengapa perlu melakukannya?

Dalil naqliy


1. Mendapat doa dari Allah dan para malaikat.
"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf." (HR Ahmad 4/269, 285, 304).
2. Mengelakkan syaitan berada di antara kita dan orang di sebelah kita

3. Mendapat janji Allah untuk menyambungkan urusan kita dan mengelakkan dari Allah memutuskan urusan kita.
"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaithan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung(urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus(urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)

Dalil ‘Aqliy(Saintifik)


Tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Tanyalah iman kita.Siapa yang kita ikut dalam hidup?
Tepuk dada, tanyalah iman.

No comments:

Post a Comment

back to top