Saturday, July 14

SELAMAT DATANG BUAT SI PENYAMBUNG PERJUANGAN

Assalamu/alaikum warahmatullah

Saya mewakili barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada bakal-bakal mahasiswa yang akan mengutip butiran mutiara ilmu di UKM. Harapan saya, semoga sepanjang tahun pengajian kalian di perbukitan ilmu ini dimaknai dengan pembudayaan ilmu dalam erti kata sebenar. Paduan antara iman kepada Allah dan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan Pembangunan Universiti.

Jadilah 'MAHASISWA' dalam erti kata sebenar.. jauhi sindrom 3K iaitu kuliah', 'kafe', 'katil' semata2 yang boleh merencat perkembangan potensi kalian sebagai golongan intelektual yang merupakan jurubicara masyarakat... ingat, Pak Natsir (tokoh pemimpin Indonesia) pernah berpesan, “pemimpin ini tidak lahir di bilik-bilik kuliah, tetapi mereka ini lahir di tengah kancah (masalah) tengah masyarakat.” Lahir daripada permasalahan umat, mereka menonjol di kalangan rakan-rakan, kemudian seterusnya mereka diangkat dan dijulang oleh umat.

jazakumullah..

Mohamad Ezuan Bin Mohd Saad
Setiausaha Agung @ MPP Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)

Video Korporat PMUKM (video lama.. yang baru tidak dimuat naik (upload)

No comments:

Post a Comment

back to top