Friday, August 3

DARI REJAB HINGGA KE RAMADHAN

sumber artikel : The Sahabat™

Assalamu'alaikumwbt..
Uhuk..uhukk...!
Dah bersarang dah blog aku nih..

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat melangkah ke bulan yang penuh keberkatan..

Kalau nak cerita bab Ramadhan ni... fuh~
Boleh menangis aku kat depan laptop ni..
Bagaimana 'indah'nya Allah ciptakan Ramadhan ini buat kita hambaNya..

huuuu......
Entah kenapa...
Di awal pagi ni aku terkedu...
Sebenaqnya aku bercadang nak ceritakan sedikit berkenaan Ramadhan..
Tapi.. entahla.. (ngantuk sebenarnya.. journal review tak siap lagi)
Cuma sedikit perkongsian daripada aku di pembukaan bulan barakah ini..
Ramadhan... bukan sekadar satu bulan yang kita raikan dengan ucapan-ucapan di Facebook semata-mata.. tetapi merupakan satu bulan yang perlukan satu persediaan yang 'mantop' sebelum kita menikmati kemanisannya dalam erti kata sebenar..
.......................
Bermula dengan Rejab
Rejab itu aku ibaratkan seperti sebuah madrasah (sekolah rendah).. dalam bulan ini kita dah mula didik diri untuk berpuasa..


Melangkah ke Syaaban.. amalan ditingkatkan.. dilipat kali gandakan daripada Rejab.. menampal segala kelompongan di bulan Rejab..

Ramadhan itu ibarat sebuah jami'ah (universitas a.k.a universiti).. Universiti yang bakal melahirkan graduan-graduan Ramadhan yang mantop pendirian..Namun. untuk mencapai ke'mantop'an itu perlulah istiqamah dalam melakukan segala 'amal kebaikan...

Maka, selepas kita meninggalkan Ramadhan.. bermulalah satu kehidupan yang baru yang berbalik kepada fitrah kita sebagai manusia...
Bagi mereka yang memanfaatkan Ramadhan, maka insyaAllah kelak mereka akan berjaya mengharungi kehidupan selepas itu.. bagi mereka yang gagal, Ramadhan tiada erti bagi mereka.. hanya sebuah bulan yang dipenuhi dengan makanan di bazaar...

Begitu juga dalam konteks pelajar di sekolah dan mahasiswa di institusi pengajian tinggi..
tidak ubah seperti kronologi yang aku persembahkan..
Jadilah pelajar atau mahasiswa yang menuntut ilmu kerana Allah ta'ala..
Bukan kerana mumtaz
Bukan kerana '4-flat'

Renungilah..

No comments:

Post a Comment

back to top