Saturday, September 15

DOKTRINISASI TURUN-TEMURUN

This is what I called; "Pembodohan Mahasiswa Peringkat Pertama"
.
.
Antara punca lemahnya pemikiran mahasiswa tempatan adalah kegagalan penerapan awal terhadap penghayatan falsafah universiti. Apa yang diterapkan kepada mahasiswa seawal langkah ke kampus hanyalah doktrinisasi ideologi sempit yang akhirnya melahirkan mahasiswa lesu.
.
Inilah punca tercetusnya fenomena 'tak pedulisme' sehingga hilangnya rasa cakna terhadap isu sekeliling. Mahasiswa kini hanya berfikir tentang diri sendiri dan adakalanya tidak tahu pun matlamat sebenar menjadi seorang mahasiswa. Merungut kuliah awal pagi, ponteng kuliah, belajar hanya semata-mata pointer. Jika anda merupakan golongan seperti berikut maka anda lah pembawa wabak fenomena ini.
Di manakah mereka belajar semua ini? Jawapannya mudah. Air menitis tidak ke atas. Doktrinisasi turun-temurun. Wallahu a'lam. .
"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"
Dari generasi ke generasi, GMUKM kekal menerajui kepimpinan MAHASISWA yang BERKUALITI We LEAD THE CHANGES! We WALK THE TALK!

No comments:

Post a Comment

back to top