Friday, September 14

JANGAN JADI BUIH-BUIH DI LAUTAN

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ يُوْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ
Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya.

Beriman kepada Nabi S.A.W merupakan salah satu daripada kesempurnaan iman.
Hari ini, penghinaan demi penghinaan telah dilemparkan kepada Nabi S.A.W.
Namun majoriti masyarakat kita lebih suka memilih untuk berdiam diri memeluk tubuh tanpa sedikit pun tertoreh di hati akan luka seluruh ummah ini.

Tepuk Dada, Tanya TAQWA! 
Adakah tidak terjentik hati-hati kita tatkala Nabi Muhammad S.A.W yang kita sama-sama cintai dihina secara terang-terangan oleh mereka yang memusuhi kita??

Justeru, saya mewakili barisan kepimpinan mahasiswa dengan ini menyeru kepada seluruh masyarakat tanpa mengira fahaman ideologi untuk sama-sama kita bersolidariti dengan menyatakan sokongan kepada Himpunan Sejuta Ummah yang akan berlangsung pada 21 September 2012 di hadapan Kedutaan Amerika (selepas solat Jumaat). 

Nah! Inilah masanya untuk kita sama-sama bangkit memberi isyarat kepada puak kuffar bahawasanya umat Islam tidak pernah gentar dengan apa yang diperlakukan oleh mereka! Jangan jadi seperti buih-buih di lautan. Bilangannya banyak, namun lenyap dipukul ombak.


With SOUL,
With BLOOD,
We SACRIFICE for YOU, YA RASULULLAH!
TAKBIR!!



"Memimpin Gerakan Merealisasi Perubahan"

No comments:

Post a Comment

back to top