Sunday, September 30

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Teka-teki siapakah yang bakal menggantikan kepimpinan PMUKM telah pun terjawab. 
Alhamdulillah.. segala rasa syukur dirafakkan ke hadrat Allah azza wa jalla, kepimpinan Islam yang saya tinggalkan sekali lagi dipilih oleh mahasiswa untuk menerajui fakulti yang merupakan lubuk segala fikrah.
Moga dengan adanya tiga orang wakil GMFSSK dalam barisan kepimpinan yang baru ini bakal merancakkan lagi agenda pentarbiyyahan mahasiswa FSSK khususnya.

Buat semua penggerak GMFSSK yang masih meneruskan perjuangan, dan khusus buat MPP Azrai, MPP Arief, dan MPP Afifah. Semoga kemenangan ini menjadi platform yang lebih baik untuk kalian mensyiarkan kembali Islam di FSSK. Kalah menang bukan ukuran sempurnanya dakwah yang ditebarkan.
Kalah dan menang itulah permulaan, 
Kedua-duanya adalah ujian dan hakikat ujian kemenangan itu adalah lebih berat. Semoga kalian thabat dalam memikul amanah yang bakal dipersoalkan ini.

Jazakumullahu Khairan Katsiran Wa Jazakumullahu Ahsanal Jaza
Mahasiswa Menerajui Perubahan! (Lead The Changes!)


BerGM lebih Baik! Mereka penyambung perjuangan yang ditinggalkan -Gambar Malam Kemenangan. 
Dari kiri : MPP Arief, Ezuan, dan MPP Azrai

Mohamad Ezuan bin Mohd Saad
Mantan Setiausaha Agung / MPP FSSK
Sesi 2010/2011 & 2011/2012
Universiti Kebangsaan Malaysia

pautan : artikel 1 dan artikel 2
Layari : GMFSSK Empire

No comments:

Post a Comment

back to top