Tuesday, September 18

PMUKM : KALAM PENUTUP

Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik dalam kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku”
-Sayyidina Abu Bakar r.a.-
Bismillahirrahmanirrahim,
Maka dengan ini, berakhir sudah dua sesi kepimpinan PMUKM dibawah pimpinan Saudara Lt M. Ahmad Muzzammil Muhd Hairi

Saya, Mohamad Ezuan Mohd Saad selaku Mantan Setiausaha Agung PMUKM mewakili seluruh barisan kepimpinan PMUKM ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekiranya sepanjang tempoh kepimpinan kami ini masih ada amanah yang belum tertunai, janji yang masih belum ditepati, manifesto yang masih belum terlaksana dan segala tanggungjawab sebagai pemimpin kalian yang adanya kelompangan.

Notis Pemilihan MPP bagi sesi yang baru

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kalian atas mandat dan kepercayaan serta segala bentuk kerjasama yang telah diberikan sepanjang kepimpinan kami.

Jazakumullahu Khairan Katsiran Wa Jazakumullahu Ahsanal Jaza'

"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

Mohamad Ezuan bin Mohd Saad
Mantan Setiausaha Agung PMUKM
Sesi 2010/2011 & 2011/2012

ASTAGHFIRULLAH AL 'AZIM
 Mohon dimaafkan dan dihalalkan segalanya agar dapat memudahkan kami berurusan denganNya kelak :_(

No comments:

Post a Comment

back to top