Tuesday, October 16

KENYATAAN RASMI MANTAN SETIAUSAHA AGUNG : LAPORAN GERAK KERJA PENUH & LAPORAN BELANJAWAN KEWANGAN PMUKM



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Mafhum Firman Allah S.W.T : "Sesungguhnya Allah menyuruh melaksanakan keadilan dan kebaikan, memberikan hak sillaturahim serta kebaikan kepada kaum kerabat, dan Tuhan melarang perbuatan keji, perlanggaran dan pendurhakaan. Dia mengingatkan kamu agar kamu mengerti. Dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji. Dan janganlah engkau langgar perjanjian setelah peneguhannya. Dan sesungguhnya kamu jadikan Allah sebagai saksinya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan".
(Surah al-Nahl, ayat 90-91 ) 

Dengan ini, PMUKM sesi 2010/2011-2011/2012 amat berbesar hati untuk membentangkan laporan penuh kepada semua mahasiswa UKM selaras dengan dokongan integriti kepimpinan yang memberi hak kepada setiap mahasiswa untuk mengetahui secara jelas aliran duit yuran yang telah dibayar sebagai yuran PMUKM.

Buat pengetahuan semua, sejak hari pertama kepimpinan kami menerajui PMUKM, kami telah sepakat secara konsisten untuk membentangkan Laporan Gerak Kerja Penuh PMUKM dan Laporan Belanjawan PMUKM kepada semua mahasiswa melalui Mesyuarat Agung Tahunan Khas PMUKM walaupun hasrat ini kurang direstui oleh pihak tertentu. Di peringkat kami sedar, bahawasanya PMUKM tidak boleh membentangkan laporan ini sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pentadbiran universiti. Namun begitu, saya amat berharap agar pihak pentadbiran tertinggi UKM memberi kebenaran kepada PMUKM sesi 2010/2011-2011/2012 untuk membentangkan Laporan Gerak Kerja Penuh PMUKM dan Laporan Belanjawan Kewangan PMUKM sesi lepas kepada semua mahasiswa UKM. Selaras dokongan terhadap integriti kepimpinan, maka menjadi tradisi kepada semua persatuan, dan kelab untuk turut mengadakan pembentangan laporan gerak kerja di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan setiap kali berlakunya pertukaran kepimpinan.


Selaku Mantan Setiausaha Agung PMUKM sesi 2010/2011-2011/2012, kepimpinan kami bersedia dan akan membentangkan laporan yang jelas berkaitan dengan PMUKM untuk dinilai oleh semua mahasiswa sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran.

Mohamad Ezuan bin Mohd Saad
Mantan Setiausaha Agung
PMUKM 2010-2011 & 2011-2012

Kenyataan bersama:
Majlis Tertinggi PMUKM dan Pengerusi-pengerusi Biro sesi 2010-2011 & 2011-2012

No comments:

Post a Comment

back to top