Tuesday, October 2

KITA HAMBA ALLAH?? : 1 JAM 40 MINIT VS 4 JAM

Kajian dilakukan majoriti mahasiswa meluangkan masa lebih daripada 4 jam sehari untuk melayari facebook
(Anthropology & Sociology, UKM. 2012)
Tinggalkan hasil kajian jumlah jam berfacebook tersebut seketika.
Katakan secara mudah kira satu waktu solat bersamaan dengan 20 minit (subhanallah!), maka secara keseluruhannya satu hari hanya 1 jam 40 minit sahaja masa yang diperuntukkan khusus untuk Allah.

Ditambah tahajjud, dhuha, rawatib, dan sebagainya, masih belum lebih 4 jam.

Tak perlu toleh ke kiri dan kanan. Ini buah untuk muhasabah diri.
Mengadap facebook lebih lama berbanding mengadap Allah.
Mengaku pejuang Islam, mengaku hamba Allah.
Tak malukah kita?
Tepuk dada, tanya taqwa.

Ezuan : mengetuk hati sendiri melalui bicara lidah sendiri


Bebaskan diri daripada menjadi HAMBA FACEBOOK



No comments:

Post a Comment

back to top