Thursday, November 22

HAKIKATNYA KITA TIPU, KITA MASIH BERKIRA-KIRA UNTUK KEMENANGAN ISLAM (GAZA)

Saban hari,
melihat News Feed di Facebook yang sentiasa 'terkemaskini', semua orang bercerita tentang Palestin.

Ada yang menzahirkan rasa solidariti melalui kata-kata hentaman ke atas Israel
Ada yang menderma,
Ada yang mula berpuisi,
Ada yang berkarya melalui lukisan,
Ada yang menganjurkan demonstrasi jalanan,
Usaha memboikot secara berterusan,
dan tidak kurang pula yang menyindir 'golongan cakna' ini seolah-olah mekanisme yang mereka gunakan sedikit pun tidak membantu dalam pembebasan Ghazzah.
 Walau apa pun caranya, pokok ceritanya ialah semua orang sedang lakukan yang termampu atas kapasiti masing-masing untuk kebebasan Ghazzah.

Tetapi benarkah itu sahaja yang terbaik dan termampu daripada kita?
Jika jawapannya; "Ya! Ini sahaja yang aku mampu." Maka saya katakan kita adalah PENIPU! :)

Saya tinggalkan persoalan ini dengan satu fakta menarik untuk kita koreksi diri bersama.
Tahukah kita? Antara kelayakan minima untuk menjadi salah seorang ahli Briged Al-Qassam di Palestin adalah sekurang-kurangnya istiqamah mengerjakan fardhu  Subuh secara berjemaah selama tempoh 6 bulan. Kemudian, barulah akan dipertimbangkan oleh Imam masjid sama ada si fulan itu boleh memulakan latihan untuk menjadi anggota Briged Al-Qassam ataupun tidak. Ini membuktikan Solat Subuh berjemaah merupakan kayu ukur kepada kekuatan umat Islam.

Kita cukup familiar bukan, dengan kata-kata ini;
"Umat Islam takkan menang selagi jemaah solat subuh tidak seramai jemaah solat jumaat"
Jadi,
Bagaimana dengan kita?
Jika benar kita mahu berjihad mengikut kemampuan kita, inilah caranya. Adakah kita masih lagi mahu beralasan tidak mampu untuk menunaikan fardhu Subuh secara berjemaah? Jika itu pilihan jawapannya, hakikatnya kita adalah penipu, kita tidak bersungguh pun untuk kemenangan Islam di Bumi Allah.
  
Jangan ditanya kenapa kita masih belum menang jika fardhu subuh di masjid suasananya masih lengang.
Wallahu a'lam.
 
Ezuan : Sebelum berdemonstrasi di jalanan esok, dahulukan 'demonstrasi solat subuh' secara besar-besaran di masjid-masjid berdekatan. Demonstrasi terbaik yang mampu menggentarkan musuh-musuh Allah adalah apabila kita berjaya melepasi halangan demi halangan pada diri kita sendiri untuk menunaikan fardhu Subuh secara berjemaah di rumah-rumah Allah.

(kuk! kuk! kuk! *bunyi ketukan kepala sendiri tanda peringatan kepada empunya tangan yang menaip dan lidah yang berbicara)

No comments:

Post a Comment

back to top