Monday, October 21

HIDUNGNYA MASIH BERHINGUS

Gambar hiasan

Saya tidak berhasrat untuk mengulas lanjut mengenai perjalanan pilihanraya kampus UKM yang secara rasminya berlangsung pada 17 Oktober 2013 memandangkan saya bukan lagi batang tubuh yang bertindak secara langsung dalam segala urusan pilihanraya kampus seperti tahun-tahun lepas. Malahan, blog ini juga sepatutnya sudah tidak relevan lagi bagi saya untuk dikemaskini kerana saya bukan lagi ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Bukanlah maksud saya untuk tidak mengambil peduli segala sepak terajang yang sedang dialami oleh adik-adik seperjuangan saya di perbukitan ilmu ini, cumanya tidak mahu dianggap seperti 'budak tua' yang terhegeh-hegeh mencampuri urusan kemahasiswaan para intelektual muda sepertimana yang dilakukan  saban tahun oleh pegawai HEP, pengetua-pengetua kolej dan secara umumnya pentadbiran UKM yang berkaitan.

Melihat gelagat pentadbiran UKM yang terlalu kebudak-budakan membuatkan saya geleng kepala. Pengetua kolej berkempen secara terang-terangan, calon-calon tajaan HEP dibawa keluar dan ditempatkan di suatu tempat yang khas semata-mata tidak mahu insiden bangun lewat berulang, Poster manifesto dicabut oleh macai suruhan dan bermacam-macam lagi. Apa kejadahnya semua ini? Lucu!

Hati gelap manakah yang masih lagi tidak mampu melihat kebodohan ini? Oh, ya! Tidak hairan bagi saya jika masih ada yang terus mengundi calon-calon tajaan sebegini kerana gerak kerja pembodohan mahasiswa di peringkat HEP sudah pun beroperasi sejak Minggu Mesra Pelajar lagi.

Malam ini saya meluangkan sedikit masa mengimbau kenangan perjuangan di perbukitan ilmu ini sambil menyelak helaian demi helaian kronologi konspirasi jijik pihak pentadbiran UKM dan sungguh membuatkan saya tersenyum sendiri. Hati saya berkata, "Mereka sudah mula belajar". YA! Belajar daripada sentapan kekalahan pertama setelah tujuh tahun berada pada zon kemenangan yang selesa. Tambahan pula orang-orang atasan juga kini sudah ada teman bermain yang sekepala dengannya, Barangkali daripada situ beliau belajar.

Ya mungkin sudah mula belajar. Tapi sayang hidung mereka masih berhingus.. meleleh sampai ke telinga.

Ezuan Saad
Mantan

No comments:

Post a Comment

back to top