Wednesday, November 13

#3 Who Am I?

With Great Power Comes Great Responsibility - Ben Parker

Isi resume mohon kerja, part yang paling aku kurang rajin nak isi ialah part kegiatan luar serta jawatan. Leceh.
Nak selak satu-satu sijil lama tu satu hal.  
Bila dah siap isi part tu, tengok-tengok balik banyak juga jawatan yang aku pikul sepanjang nafas berhembus ni. Mungkin pada satu pandang sisi, dengan jawatan yang banyak boleh mengukuhkan lagi permohonan untuk mengisi mana-mana kekosongan tawaran. 
Tapi satu sudut lagi jangan dilupa, jawatan yang banyak-banyak ni jugalah suatu hari nanti yang membuatkan ramai manusia menyesal di hadapan Tuhan.
Allahurabbi.
Semoga Allah mengampuni kita semua.
Who am I? Bukanlah jawatan-jawatan dan gelaran-gelaran semua tu tadi.
Who am I, adalah siapa kita di hadapan Allah nanti.

Jom tadabbur ayat 72 surah al-Ahzab!

No comments:

Post a Comment

back to top