Saturday, November 16

#5 The Legend of Superhero

Once Upon A Time
Aku tak suka menonton drama di televisyen.
Apatah lagi menjadi penonton setia bagi satu-satu drama yang bermusim.
Tidak pasti bilakah nafsu menonton drama aku merudum, atau mungkin juga nafsu sebegitu tidak pernah wujud sepanjang hidupku.
Bagi aku, tidak ada satu pun drama yang menarik untuk ditonton. 
Kerana kita semua sudah ada drama paling menarik yang perlu kita hadapi secara realiti.
Cukup rencah. Ada kisah suka, ada kisah duka, ada kisah cinta, ada konflik keluarga, ada hero, ada heroin, ada protagonis, ada antagonis. 
kita sendirilah hero bagi kisah hidup yang kita lalui. 
Kita sendirilah lagenda bagi sejarah hidup kita sendiri.

Aku tak pasti sama ada spesis manusia seperti aku ini masih lagi bermandiri di muka Bumi ini.
Boleh jadi telah lama pupus. 
Pupus diterjang dek zaman geli-geleman mabuk drama cinta Melayu. 
Hilang ghaib dihembus angin kegedikan drama Korea kegilaan anak muda masa kini.

2 comments:

  1. haaa this thing kena selalu peringat especially kt org pmpuan.. kami slalu distracted dr drama kehidupan sndiri sb tersuka dgn jalan crita drama tv huhu

    ReplyDelete

back to top