Sunday, January 12

#8 Ketum

Aku takut jadi sohor. Takut-takut tak boleh jaga hati.
Aku 'update status', orang 'like'.
paling kurang 100 orang.
Rasa apa?

Tuesday, December 10

#7 Selawatlah!

Tokoh tersohor India, Mahatma Gandhi menangis tatkala menutup helaian terakhir ensiklopedia mengenai biografi Nabi Muhammad s.a.w. Beliau berasa sedih kerana tiada lagi kisah yang menceritakan tentang keindahan peribadi seorang insan agung bernama Muhammad bin Abdullah.

Bagaimana dengan kita yang mengaku umatnya?
Yang mengaku cintakannya? 
Sama-sama bermuhasabah.

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Thursday, December 5

#6 Usia

Suatu Ketika

Mengukir kerut tua
Menyisir janggut panjang
Mengusir usia muda
Menjemput umur matang

Ezuan Saad. 2013.

Saturday, November 16

#5 The Legend of Superhero

Once Upon A Time
Aku tak suka menonton drama di televisyen.
Apatah lagi menjadi penonton setia bagi satu-satu drama yang bermusim.
Tidak pasti bilakah nafsu menonton drama aku merudum, atau mungkin juga nafsu sebegitu tidak pernah wujud sepanjang hidupku.
Bagi aku, tidak ada satu pun drama yang menarik untuk ditonton. 
Kerana kita semua sudah ada drama paling menarik yang perlu kita hadapi secara realiti.
Cukup rencah. Ada kisah suka, ada kisah duka, ada kisah cinta, ada konflik keluarga, ada hero, ada heroin, ada protagonis, ada antagonis. 
kita sendirilah hero bagi kisah hidup yang kita lalui. 
Kita sendirilah lagenda bagi sejarah hidup kita sendiri.

Aku tak pasti sama ada spesis manusia seperti aku ini masih lagi bermandiri di muka Bumi ini.
Boleh jadi telah lama pupus. 
Pupus diterjang dek zaman geli-geleman mabuk drama cinta Melayu. 
Hilang ghaib dihembus angin kegedikan drama Korea kegilaan anak muda masa kini.

Friday, November 15

#4 Kera Menjadi Monyet


Dulu simbol-simbol kerajaan BN ni hanya boleh dilihat pada guni-guni baja subsidi sahaja.
Sekarang, semua barang dah mula berintima' dengan rejim kerajaan persekutuan ni.
Dari barangan dapur hinggalah peralatan sekolah.
Tepung, gula, pencil box, buku latihan, beg sekolah, dan macam-macam lagi.
Cuma bezanya dulu lambang dacing. Sekarang ni lambang 1 Malaysia.
Apa bezanya?
Tiada Beza. Macam peribahasa Melayu kata; Kera Menjadi Monyet.
'Istilah' sahaja berbeza namun 'intipati' langsung tak berubah walaupun sedikit.

Eh bukan, bahkan lebih teruk lagi.
Boleh jadi peribahasa ini juga yang menjadi aqidah MP Barisan Nasional di Parlimen.
Terlalu menjiwai sehingga betul-betul meresap ke dalam jasad masing-masing yang akhirnya mempengaruhi tingkah laku mereka.
Mungkin boleh ditukar peribahasa ini kepada BN Menjadi Monyet.
Sangat Relevan.

back to top